Rabu, 19 Oktober 2016

Makanan Tradisional Rakyat Malaysia




Makanan Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NASI LEMAK

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxkuakka0pw93hScUJevD6kh5bQqfoHuPPl3zmPtbCFLl_k-dK9Ozts1nJeGrddTa3muZNKG__rnmhdneElo85U1aR7d8zGU85SQIkqZ9v3CVB-0PIoTNZZtXhHEsMf4nwj4w-nu6IQixO/s1600/nasi.jpg                                 

Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.



LEMANG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCqM-uLubZoOIOqGfBSjX_snsz1fK2bfCt5NFN_k4xgX-K9nRmXNpsAldv5UnCy7Cnus9oaObC7K8slPMmZrvkw_Gp6jPmNbwUMjy3yVht4YT2rtkFFZysqYfzDlnQae83zUdSqD6yFKnZ/s1600/lemang.jpg

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

OTAK-OTAK

  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA-PnEjmPlQU7CSR5j2euuPvaBgixsI1qIX_V2F7HpJvtkJpXHQfIglYekktGDi53uEOk5RNXJZVn3B3ENOE7LleHr1FBKQ793Qj21C0IyBt3mA30nDVJQqSkvvrH2g0zjy-RMmAIZZhvE/s1600/download+(1).jpg

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.


Ketupat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7c5lRuETFNNLu6Z12pq_0jVDRBLPeDlgjUikuwcVYu6DY58j0VwtsvrJy3L7LtEm_14mBMo-nMmdoVEV6L39GyUhVidrkHohwgnFeg24tq6grPgPyTeL3gwDn5vgExbPJU8DSGes_EjQ/s1600/download+(6).jpg


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifnkeuwuSeBNHLtp7C0GXQImcxVywH25KqY32Y5J3WLbaAMoKU6ElLQfPgGB14Ndi8KzZ97cfzZ7e0-I6TMcdMEu0EVaj4vHa4zXrQP11akZkkF62eS-_pHdxLhC9MT-gilflgkX4Pqwo/s1600/download+(7).jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-mEAsyu5mgWyaSYAoVxkUlRY2RnpX-l0zpY5rE8GJpKOkW-Zoz6Y-QMt2CIkHFfJ91puboC_0Nic6B4Cv05zYGNmOXFSymgba1ElM8JOQqceS0a4OGzUE0e9KC0OYYhc8c-UW3_3m-A4/s1600/images.jpg


Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia.

Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.

Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya:

         Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut
         ketupat nasi dibuat daripada beras.



Ketupat Palas


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtCDoWPPUjvNXCpdO-631ZaaOz-CHRvNEr7hH3HZBqK0doBPQFMME-tAET8PVS6Cfk05XQuOyK0Yk739KmSmnx8hc2B1kZ9OIw3VSt6wAVKcd2xKisSW6hdY9q2x8IecgHJ7iNCjyqle4/s1600/images+(2).jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjocy03be0dsxkNu3ZqZL9IOTw_CZKLUzfgcNnTqe_rdSnbhR4-PCx17bQmVN63nX0nOYL3MIIWV14fPTQulpCI6PodtdWWbW9RVJKJYCORY-J8AEQ0LlqJlGSkKA40Ju4LeWc0OgNqx2Y/s1600/images+(3).jpg
__________________________________

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.


Laksa

Laksa adalah makanan berjenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan Peranakan, yang digabung dengan elemen Tiongkok dan Melayu. Laksa mempunyai beberapa jenis,  bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal. Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno) yaitu Laksha yang mempunyai arti banyak, menujukkan bahawa mi Laksa dibuat dengan berbagai bumbu.Di Malaysia laksa mempunyai pelbagai versi seperti :


Laksa ada tiga jenis.

Laksa Penang


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv_nUQorcPU86V4svONX10zRxIOusdgOMN4xvMAdpcurhY41jUOPEdUpkUIFD8n8h4JtJ0tXO5VFGPXG18bLJY2gGe62RIrOCksuqDBuLtcdG6t0-KXrG_v4M0ZpcFdjda7yUx7_5yH3s/s1600/images+(5).jpg



 Laksa Lemak Terengganu @ Laksa Kuah Putih



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiH8AhUZHgIU0KWZK31FUlHBM1UqCtoWI2akb1g8bVDtv2gh02RwLTGFgZ6TyRbUADYJ5OlqVsbByd2j39QZ0TVpz8S1wD0dyBs2ja4Sydve5GNED8Z2wQZ5wHCcEgXAq4nKxQwD5NDl4c/s1600/download+(8).jpg



  Laksa Pangkor


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihTyepS5SNOoWNBI86uyjfQtlLUlgulbr-CKzQFRlM5aclPSTD6i0JuHfCZBbR93MlGVHzHhLgG_xsk8PQ9aY9xj9RwcE5JPJkgTnyQRL4ffNSL8V-oMx7cTanL-8iNggBGrcAHGiEKKs/s1600/download+(10).jpg


                                          
Makanan Tradisional Kaum Cina

KUIH BULAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZfPfa7KroXGKTAQGuH0vKN50sLtCcz0JdsQn_inHhCs2Yzk6ZzGD9xtWZPvnSGlDPr2PBlZWdMtnGO4sMvBGaRpKaIR45JppkL7Jie7gv3oclGo6tImPL76MEAS68uc4oCNHQts9F8B9G/s1600/download+(2).jpg

 Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.

ZONG ZI

  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbpJfLlV9HIgW4VPQP6lq4Fom_vpNXbHTWHq76Qzj1Fi64V5OsRFnNIYaj5ZO_uPn1Ps111OsxQ2ZlZYrDgF3tQyC81GqWc7PQqve2pkVqwsoPwagBAdBoIjXC9Cpdh9aXa8otKnknOyw7/s1600/images+(1).jpg

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang. ang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.

KUIH BAKUL


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3hJ5oI0vcjU31hLSmtvmn9txAvfQyTzRCUNAtHSa5mwepfjV8MSmikF7vYC7vrq1OWhOr_a7FyAamloWzORfG4het-9h7pgqGAqdzzZCu7C2NaafTEDAweO9xD4twDQ9JDlXa4ZjkgH3B/s1600/images+(2).jpg

Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKKU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBytKEZwF7mcOyd8dFPSQgSHbcZ2rzfW0nLVbPTYhDayID7hlIO6e0eY-KOJiiFuCjmvqJVMtMGhCm3sMcOs__ykBSPDwpO6D4dJ4ZBPtm1PR6wqp45UThV4uIiXDj9IRkqnT3iMYW5a7l/s1600/download+(3).jpg

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

ROTI  CANAI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkt4NQj0zvNkfb6LRcHz6G1Z3QB-G3yJhOCXlS654gBdrNH39ypvlJ20UEldOP07uYKq9hpVZ_ibRjdiXrcbL25wI6kK1xqmQvHfPZtzQRqmAmDhlhmMIRnhURb7xd0vwDY-V5OGlf0MPa/s1600/download+(4).jpg

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.



TOSAI
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK9OOrq5w_PPBufSwR_ECrGL13Wy4dBGzWpPTOaIvx5Y2n1-l0aHb-s38tRJoK_eW9fLZRXezbrk7q5SP1BjTB4FGj7Af1JZrLawAqnDHcogOT7PymxASU20BQixI0KLKGLxogjGXiqMgJ/s1600/download+(5).jpg


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.




Juadah Perayaan

Hari Raya
Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-7q1ejWLVYqwM97xjtOZXCp5pH7HODea7VDoRmcX1YJ4gfWEAoWWuzJToSA5Giwo-D8CBMW5bmvv_r_oTx-gnW0PQaYvpTW5xh3VM3akNV07vBam-kXvdjEflncgTIbXywUHaZ3y3vz8/s1600/ketupat.png
                                                         Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgt7nBVLixUaBqgsE3_dUs5D-1v0wBZaIBLFXM7YvINcLQpYoH9dcV0rtIJuzzfRD6MTjKGeIPdgs6Ho_T0StJ1Zemp7bqJFGEdSpsbxTsZIOmVgkQ71R7DtlVJU1AX_mUC-d-iHiyJP0I/s1600/lauk+raya.png
dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdA80sIe4FHDs0rhA4SU4srYEEirZPXGP4zdtZBJ7zv0CVG9Z1RBUYve7xeVRm_OkNrt2hU-qR2UNMynpTeS6n1pqwWr_FyZ820jZTKU1d41NvJ2tbN0MUH2n-HGOLHvtGLTRbvjxTGGc/s1600/kuih+raya.png
Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwH5zXOzaX7DZm0OBFmAHutGcQd3cbowfS6D_mgxrMwavjerhfyKiRwtWvqnfrXp8pR143tDWLwlvt7qqs6qqHUBbefcS7s_JhYbN4pdy4_OE5LOxOj84-sHOnIGhyphenhyphenwrU4hHRrlzL0KJU/s1600/dowajik.png
dodol dan wajik

Sajian Harian Kaum Melayu

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu saya ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTtY4HrF7r_OvkNw8AYELt-bqItk4bsNOEgOPUpNUEQTI4vu6pwS5noyuZCgVCJHRTwvD33nKiKkvWsKQuhMpBgJGCRwcRQF33AAI-jEDwvZjmkdOJ1umflsEGf7RhzFHLlEnktsvqFy0/s1600/kuih+manis.png
tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.


Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Terengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfSbTBiSOkx1_FDDlmYWFRfc_dS-cLdWXYDX_Dn-tBdNYIf0i3ppwFcG2H-kunn2Xj66bPApEY5baBoAhooFH8vkgbHkAjBYAll1rXzVWLnXeFFToWgXzwh9wLPV1x1snfBvrBODBmdT4/s1600/kuih+dibakar.png



Tahun Baru Cina
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3GiZA6Pt70b5l5v2bM1MgQO_KdMf-G5CXLrdQb2IhUuaTHgWO__s8XA-SwPJpHNHweC3RkN1uROamPptrkJoVhDZ-nvRQ5LucLpEehLlMcWxCS2G_PCaC6ASA0zd9bQOAP3ygu40XMAQ/s1600/yee+sang.jpeg
Yee Sang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvGJrH0RFKaoUT0HLVqUl-zTJsf7qBRGSQstCOu_7bhqG6rUBBIAHjCP1zznYaA6IkmpfBjrOQ7jWuq2pdvFWROklcdV8C-ue9ry77Mcv34RrNYjU7bgPR0kQzY3GZB8kz5c2SWFIvO6A/s1600/cny.png
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0T2qpvimfesUtSnVDEcGa5kNM6gnjhn-6NJyGbpCoPG7YMdYKFxP1unIcywY_QtV2PNHmaxsuLm7Zq5sogWVML2ewCyLF-7XKEAwpmk0VPpO72KW1b3CVuJoMvlsf_RsZ8OT0NpOaMko/s1600/kuih+chang.jpeg
Akhir sekali,kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhS0MV2lVl-U1uLRpN4RZMmNMDGSH1L_J9NRWn_tyQAEM93VtKJVUtwgRSbw7HrsMeJGTBLD5aYYVJo8UxNvWKCH8NcY7WVKJoxP7dJw85WrVd8W7Q8zLpJfPKriQTYR-Vl2azGaFFf4fM/s1600/kuih+bulan.png

Sajian Harian Kaum Cina
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidgF36Jk5bo0s2PAz2llfyL1G2kKU769hGv4iN_5FD1Hq39-PKL402fMCk-zvMYNsaqKXHa4jLdV85tbWCrWmrQkcoFzWYHts-uee-1rG-fVe_k59JFIEJc_m2DvQyAXJdbJNfvqmzubU/s1600/mi.png
                                             char koey tiaw & yee mee sizzling
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjELO-HelNwS4EQUXq9KZYzMJQ_Ymf3j3aHyvqyjxeiptAz6NXzAUGaTUGxAR1dlXg7SrynmDzNxxCxRpLhJcWUEgO4SrxHqwspWSjqNNHCoMa0mEhGbHGdidbcmSHcsait-GL8dyDS_jM/s1600/cina.png
                                Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheg_v_TbIFgSsN8SzSbTcItVbW5dv_dtIGUhEh6gbmrN7rSofsX5jq_hSRtxCAGIf12DVdY8-2rU_l5V9apNGe0fhJFdgyNPkw7JSLMAh0JyWRZhIDCGo-oRN67eRbBE29uhh6yd8S65o/s1600/P.png
                                        Tang Yuan & Spring Roll

Deepavali
Untuk perayaan Deepavali  beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPJsY0Ugk3eGdKPnKrukgBT1fw_5MX_WTL76oDCiZEVciTrgK2ncY2WKfdLXEY63ogAz6D2gMJZnqWdpuvvKUocU-WYAmqGi98VU-CXjxa7kwQ_3xO35YfIVY27GCBlmNs9sBHbnEC8BY/s1600/kuih+indian.png
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia

Sajian Harian Kaum India
Saya mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvCBicQZTHtWFJTuCwV8oKgtJrj0MWSXO7bQlMKPijG-gJaRd6v4SGjdacbzop8bwy0CN_C9mn0I-K26Oyjh13FQjMzsi8zOUfZTi-ShKXVpPLzzu7lz7NUKBgE-Nj3BUdmk4YSfI7gKs/s1600/indian+bf.png
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi beriyani
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdaPr_VCz1VsSGtJPXc5fWd-nUFWjJzhshhZRvfsxCbmty-AVjraui5c532aRwy89ClnqXLXJb-HY1RD7G3Gw-1vJmH0-yvEOoseZbf1C3M1mgsOWcOuZssDO6EExf__nCOM4uF2v-_v0/s1600/nasi+I.png
                                               Makanan nasi kaum India di Malaysia