Makanan
Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia
Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang
sungguh enak. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat
Malaysia menjadi 1Malaysia.
MAKANAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU
Nasi lemak merupakan salah satu
makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan
santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering
digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan
dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang
goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi
yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang
tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri.
Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang
merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang
dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan
tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan
ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu
“Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan
daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan
laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia
merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun
nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak lebih
enak dimakan ketika masih panas.
Ketupat
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia.
Ketupat ada disebut dalam
kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra,
yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan
sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada
bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya:
Ketupat
Palas
__________________________________
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai
pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum
disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya
dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas
digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat
nasi.
Ketupat tiga segi ialah bentuk
ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Laksa
Laksa
adalah makanan berjenis mi yang ditaruh kuah dengan kebudayaan Peranakan, yang
digabung dengan elemen Tiongkok dan Melayu. Laksa
mempunyai beberapa jenis, bentuk mi-nya bulat putih dan sedikit tebal.
Nama Laksa diambil dari bahasa Sanskrit (India kuno)
yaitu Laksha yang mempunyai arti banyak, menujukkan bahawa mi Laksa dibuat
dengan berbagai bumbu.Di Malaysia laksa mempunyai pelbagai versi seperti :
Laksa ada
tiga jenis.
Laksa Penang
Laksa Lemak Terengganu @ Laksa Kuah Putih
Laksa Pangkor
Makanan Tradisional Kaum Cina
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering
dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya
pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam
diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi
oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning
telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah
kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan
pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji
buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya.
Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya
setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah
pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.
ZONG ZI
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang
adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus
dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi biasa
disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh
pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati
wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu
Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan
perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang
berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air
mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang
mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud
memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah,
bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau
Ba Tzang. ang disambut pada hari ke 5 dalam
bulan ke 5 kalender Lunar.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao ialah
makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo
berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti
“semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan,
setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya
berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan,
bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula
untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis
yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
MURUKKU
Murukku adalah makanan tradisional
kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari
Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang
bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan
senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang
Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar
seperti yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang
biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku dibuat menggunakan
acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.
ROTI CANAI
Roti canai atau paratha dan puri ini
pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai
berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan
besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak
khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti
canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama
lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan
oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana
gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional
ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan
pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar
India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang
dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
Juadah
Perayaan
Hari Raya
Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding
yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau
kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun
serunding.
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih
tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih
karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan
kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh
lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang
disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama
seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.
Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang
dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari
beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala
dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam
diatas api sehingga pekat.
Sajian Harian Kaum Melayu
Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu saya ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.
Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.
tepung pelita,lompat
tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.
|
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak
pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal
di Terengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang
dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar
manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus
dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang
sebelum dipanggang di atas api perlahan.
Tahun Baru Cina
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
Kuih Chang ataupun Zongzi pula
dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada
hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang
diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk
dikeringkan.
Akhir sekali,kuih Bulan ataupun
Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih
bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang
merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk
malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
Sajian Harian Kaum Cina
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai
makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk
dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam
juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua
kaum di Malaysia.
Salah satu pencuci mulut kaum Cina
yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras
pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga
popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari
keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Deepavali
Untuk perayaan Deepavali beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Untuk perayaan Deepavali beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Sajian Harian Kaum India
Saya mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Saya mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Untuk makan tengahari pula kaum
India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing
ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan
mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala
ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran
dan juga nasi beriyani